Y.B DATO SRI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN

Adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan
Sukatan Pelajaran Produk Score A
Program Score A telah mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak. Sukatan Mata Pelajaran Program Score A pula telah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan sentiasa di kemaskini mengikut sukatan pelajaran yang terkini.


e-Nota mengikut tahap dan sukatan matapelajarane-Nota adalah nota ringkas tetapi padat yang disediakan untuk semua mata pelajaran dalam program ScoreA.e-Notes sangat sesuai untuk pelajar mengulangkaji sesuatu mata pelajaran sebelum membuat latihan. Ia disediakan secara topikal. Oleh itu, pelajar disaran meneliti e-Notes sebelum menjawab soalan dalam e-Topic. Dengan demikian, pelajar akan lebih bersedia untuk membuat latihan atau menjawab soalan yang disediakan melalui e-Topic, terutama dalam membuat pilihan jawapan yang tepat. Pelajar dapat menjimatkan masa dengan mengunakan e-Notes
e-Topic adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar disekolah Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari. Melalui eTopik, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan.
e-Assessment™ telah direkabentuk untuk membolehkan anak-anak membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan pembelajaran output secara terus menerus untuk menilai sejauh manakah pemahaman mereka didalam subjek yang diajar disekolah. Apabila seorang pelajar membuat latihan melalui e-Assessment™ , penandaan akan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar dari kesilapan.
Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul e-Trial Exam™ direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR dan PMR. e-Trial Exam™ telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah. Pemarkahannya adalah serta merta.
ePastYearExam membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama ialah UPSR dan PMR berlatih menggunakan kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar.
Ciri ini membolehkan anda mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan kelemahan terhadap subjek yang dipelajari oleh anak anda. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya. Lagipun, e-Report Card™ merekodkan sebanyak 10 latihan terakhir dari e-Assessment™ & e-Trial Exam™ untuk membolehkan anda memantau dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksan yang sebenar.Contoh SMS yang akan ibubapa terima sejurus sahaja anak2 membuat latihan.pengurusan masa yang efektif.












